FAQ
Soalan lazim yang ditanya
Kami sediakan soalan-soalan yang sering ditanya oleh ramai orang apabila cuba memohon membeli rumah melalui kami.
Berapa lamakah tempoh semakan kelayakan?
Tempoh semakan mengambil masa paling singkat adalah 48 jam selepas anda menghantar maklumat anda. Ini adalah disebabkan setiap hari kami menerima ratusan pemohonan untuk membeli rumah mampu milik.
Kalau ada Blacklist atau AKPK boleh lepas tak?
Jika anda ada AKPK ataupun Blacklist, anda tidak boleh memohon dengan kami
Dimanakah lokasi rumah mampu yang Benahous ada?
Pihak kami harus menyemak dahulu kelayakan encik barulah kami akan berikan rumah yang sesuai dengan kelayakan encik
Bagaimanakah proses Benahous? Adakah rumah saya cari atau pihak Benahous yang akan carikan?
Pihak kami akan semak terlebih dahulu kelayakan dan kemudian kami akan guide dari A to Z untuk cari rumah yang sesuai dengan kemampuan anda.
Berapakah gaji minima yang membolehkan saya lulus?
Panel-panel kami menyarankan anda mempunyai sekurang-kurangnya RM 2,500 gaji pokok untuk lebih mudah proses pemilikan rumah.
Apa yang saya boleh buat jika gaji saya dibawah paras RM 2,500?
Masih boleh, tetapi hanya apabila anda membuat “join loan” dengan pasangan perkahwinan, adik beradik ataupun ibu dan ayah.
Saya baru sahaja bekerja, bolehkah saya membeli rumah?
Agak sukar kerana mana-mana panel kami inginkan minima 6 bulan anda bekerja.
Jika saya tiada slip gaji, bolehkah saya apply?
Tidak boleh. Anda haruslah membuat slip gaji dahulu.
Jika saya ingin bina rumah diatas tanah sendiri, bolehkah Benahous bantu?
Pihak Benahous tidak mengambil projek atau upah membina rumah di atas tanah sendiri. Kami hanya carikan rumah mampu milik untuk klien kami
Unit Rumah Mampu Milik Semakin Sedikit
Kami boleh bantu anda hanya apabila anda semak kelayakan terlebih dahulu!

F910, Phileo Damansara 1, No.9 Jalan Damansara,
Petaling Jaya, 46350, Selangor, Malaysia,
Halaman Kami
Syarikat Kami